Hari ni aku sangat sedih…
Seperti hari-hari kerja yang biasa, 7.40pagi aku baru meninggalkan untuk ke pejabat. Turun lif dari tingkat 7, dalam lif sempat bertegur sapa dengan seorang pak cik dalam lif.
Sampai ground floor, aku jalan menuju ke kereta. Disebabkab Sabtu malam Ahad lepas, aku sampai rumah 2.30pagi, terpaksa la aku doublepark. Sebelum sampai kat kereta, dr jauh aku nampak 2 parking lot kat tepi kete aku kosong. dalam fikiran aku "diorang tak leh tolak kete aku ker?Aku tak tarik handbrake rasanya"
Bila sampai dekat kete, aku tengok kat cermin tingkap kereta aku ada Note cantik tulis guna liquid paper "BODOH! LAIN KALI TAK PAYAH TARIK H/BRAKE".
Aiks, sekali lagi aku terfikir, aku tak tarik handbrake ker? Terus jer aku buka pintu kereta and check handbrake. Resultnya, handbrake aku langsung tak tarik. Otak aku dah ada tanda soal???? Naper diorang tak leh tolak. Start enjin xnak hidup lak. 2-3 kali cuba baru ok.
Then, aku perasan ada paper note diletakkan di kedua-dua wiper depan kereta aku.
First Note: Keta cantik Tuan Punye Bodoh…..mcm kambing!! (ni selit kat wiper sebelah kiri)
Second Note: BODOH, TAK SEKOLAH!!! INGAT PARKING MAK BAPAK DIA
PUNYA???BONGOT BETUL!! (ni selit kat wiper sebelah kanan. Siap dia
bengkokkan wiper kereta aku lagi)

Aku cuba tonyoh note kat cermin tapi xnak tangggal. Orang yang lalu, tengok aku semacam. Tensionnyer…aku tak bersalah….Aku cuba tolak kereta aku. Ok jer gerak. Geram giler….Aku masuk dalam kereta, enjin pun dah panas, layu jer wat corner kat selekoh nak kuar parking tue. Lantak ler diorang tengok aku macam alien. Tapi aku memang xpuas hati.
Masa stop kat traffic light aku hantar sms kat abang aku. Mana la tahu mungkin aku ada tertarik handbrake, bila abang aku perasan note2 tue, mungkin abang aku tolong turunkan handbrake. Kalau aku buat salah, aku redha la terima hukuman…(lagipun nih kereta abang aku, kena inform aper2 jd). SMS kat abang aku “Salam,abg ada tlg trnkn hbrake kete utk akak x?akak dh confirm xtrk hbrake tp dpt 3srt laying n siap bengkokkan wiper lg”. Then, abang aku reply “Abg ijan x sentuh pon kete”. Sampai opis, YM lak ngan abang aku.
Sedihnya…abang aku tak percaya aku cakap. Biarlah….
Then aku perasan Sobri ada dlm YM. Akupun YM ngan dier. Citer2 then aku teringat…hmm,may b sebab
gear kete bkn dlm gear N masa aku start td. Walaupun aku mamai giler malam sabtu ari tue, tp aku ingat aku memang letak gear N. Memang la aku aware yang kereta nih 2-3 minggu lepas start ada problem giler susah nak start n bila start dok dalam gear 1 walaupun parking tinggal gear N.
Aku dah buat appointment 7 Jan 08 sbb ari lain semau dh full. So, bukan salah aku, bukan salah orang yang nak marah aku gak ler. Nak salahkan proton ker? Aku baru jer berhenti kerja kat Proton Edar. Perlu ker aku call i.care centre dan buat complaint???Itu macam cari pasal ngan boss n colleague kat sana..hehee..tapi aku dah berhenti kerja, customer ada lg call aku 12.30mlm jumaat lepas - complaint pasal kereta dia, rasa nak jer tampar.
Tapi aku dah siapkan satu Note. Balik nanti aku nak parking kat tempat yang sama. Then, nak tampal note tue, saper berani,jumpa ah. Note aku diplomatik ok “Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Terima Kasih atas maklum balas anda semua. Pertamanya, segala kesulitan amatlah dikesali. Walaubagaimanapun handbrake kereta ini adalah TIDAK DITARIK dan dalam keadaan gear N ketika diparking. Kemungkinan ada masalah gear. Oleh yang demikian, hari ini saya parking ditempat yang sama dalam keadaan yang sama untuk confirmkan masalah tersebut dan dapat membuat aduan yang sewajarnya di Pusat Servis. Jika anda tidak dapat menolak kenderaan ini,sila maklumkan saya,Aznati di D-8-7. Sekian, Terima kasih. Note: Terima Kasih juga kepada insan yang membengkokkan wiper kereta saya. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Memangler rasa tindakan aku kebudak-budakakan. Tapi tak kira, aku nak wat gak….
Lunch time, tadi aku teringat sebenarnya ada lagi 1 note selit kat wiper belakng. Pulun nih, aku turun gi ambik. Note berbunyi begini “BODOH PUNYA ORANG!!TAU PENTING DIRI SENDIRI JE! PARKING KAU BAYAR KE? BODOH. AMBIL LESEN BELI KE?? KALAU TAK TAU JGN DUK RUMAH TINGGI, BELI RUMAH TERES + PARKING TERUS.
Masa baca note ni, aku dah cool. Tapi aku harap, doa hamba Allah ni tentang aku dapat beli rumah teres + parking termakbul la. Kena lak area kat USJ 16- 18 nih. Maksudnyer, aku dah kaya la, sebab kurang2 rumah kat teres kat sini 350K.Hahaha…
kat sini aku attached ler note2 cantik tuh