no rotate image set no rotate image set no rotate image set no rotate image set

Maal Hijrah 1430H

Posted by: aznati | December 28, 2008 |

Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua umat Islam.

Hampir 13 jam kita telah berada di tahun baru, 1430H. Jujurnya, saya sendiri jarang mengingati kalendar Islam ekoran segala peristiwa dalam hidup seharian dirujuk kepada kalendar Masihi.Ya, Satu pengakuan yang memalukan bagi  seorang Muslim. Tidak perlu disalahkan sesiapa. Cukuplah jika dikatakan diri sendiri alpa dan tidak mengambil inisiatif mengamalkan apa yang dipelajari oleh ibu bapa, guru dsb. Ilmu tanpa amalan, akhirnya hilang dari pandangan dan ingatan.

Kebanyakan kita pasti mengetahui tarikh lahir mereka dalam Tahun Masihi. Segelintir insan yang tidak bernasib baik mungkin tidak mengetahuinya sementelah ibu bapa sendiri pun tidak diketahui.  Tapi tidak semua di kalangan kita mungkin tahu tarikh lahir mereka dalam Tahun Hijrah. Boleh semak di  : http://www.islam.com/islamicdates.asp

Mengetahui tarikh lahir sendiri jatuh pada 6 Syaaban 1403H. Jelasnya, mengikut Tahun Hijrah, diri sudah berusia 27 tahun. Beberapa hari lagi, usia berdasarkan Tahun Masihi akan menjadi 26 tahun. Sudah tiba masanya diri untuk berubah menjadi yang lebih baik. Mencari diri serta tujuan hidup yang makin kabur kerana hidup tanpa tujuan bagai layang-layang yang putus talinya.

Paparan kali ini khususnya sebagai peringatan kepada diri sendiri. Menyedari diri semakin jauh hanyut dalam dunia yang penuh fatamorgana. Bukan sekadar berazam  sempena tahun baru. Hanya berdoa semoga tahun ini Yang Esa akan melimpahkan nur-Nya kapada hambanya yang sangat lemah ini. Semoga diri lebih kuat menghadapi dugaan yang mendatang.

Hijjaz - Fatamorgana

under: Miscellaneous

Leave a response -

Your response:

Categories